CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

06 October 2009

Jodoh

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan kami
Agar kebahagiaan itu abadi

Dan

Tuhanku Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini ke
tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan
dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangankuDan peliharalah
diriku dari kecewa
Serta Tuhanku Maha Mengerti
Berikanlah aku
kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan

Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama
dengan dirinya Kerana
aku pasti Itulah jauhari dari Mu

0 ulasan: