CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 October 2009

Kemalangan Ngeri

Bayi Terselamat digilis keretapi satu Keajaiban

Memang naik bulu roma tengok video ini. Sebaik sahaja kerusi tolak bayi terjatuh ke landasan keretapi, pada ketika itu juga keretapi lalu. Secara logik selepas digilis keretapi tiada siapa yang terselamat.
Namun, anggota penyelamat mendapati terdapat hanya ruang beberapa inci ruang yang menyelamatkan bayi dari maut.
Kejadian ini berlaku di Melbourne Australia. Boleh tengok video dibawah :

Jika anda perasan ketika kerusi tolak bayi ini jatuh, ia jatuh pada tengah-tengah landasan. Jadi bayi ini terselamat dari digilis oleh keretapi.
Jadi hati-hati ketika berada di platform keretapi,komuter dan LRT jika anda membawa anak anda dalam kerusi tolak.
Semua saksi yang berada diplatform tersebut tidak menyangka bayi ini masih hidup.
Sila klip Pautan di bawah untuk melihat Video:


Melihat ada sesuatu terjatuh ke landasan ini, pemandu keretapi ini bertindak memperlahankan keretapi dan berhenti.
Antara faktor lain yang menyelamatkan bayi ini ialah kerusi tolak tersebut mempunyai protective shield .
Bayi ini bukan sahaja terselamat malah tidak terdapat kecederaan yang serius, hanya sedikit bengkak pada kepala.
sumber berita dari telegraph

0 ulasan: