CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28 October 2009

Runtuh Sekelip Mata..


KAMPAR: “Saya lihat mangsa perlahan-lahan melepaskan tangan dari pautan kabel itu kerana kehabisan tenaga sebelum hanyut dibawa arus kuat. Saya tak dapat tolong mereka, itu yang saya sedih,” kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Mohd Rosli Mohamad, 49.Katanya, ketika itu, dia kehabisan tenaga selepas menyusur kabel menyelamatkan beberapa murid lain.“Walaupun penat, saya tetap turun dan cuba menyelamatkan tiga lagi murid yang berpaut pada kabel itu. Namun, ajal lebih kuat menjemput mereka,” katanya.Mohd Rosli dan rakan sejawatnya, Ismail Ahmad, 63, antara saksi terawal kejadian jambatan runtuh di kem aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan, berhampiran tempat mereka bertugas yang menyebabkan seorang murid lemas manakala dua lagi hilang, malam kelmarin.

0 ulasan: