19 October 2012
FIRASH HADWAN 15m..
Dicatat oleh Unknown di 2:04 PM
Label: Kisah Firash Hadwan
11 October 2012
Pergi Pakcu..Hadirnya Syawal Izmal....
Dicatat oleh Unknown di 3:23 PM
Label: Allahyarham Nazrul Izaab
PERGINYA INSAN TERSAYANG
8 September 2012
Dicatat oleh Unknown di 2:34 PM
Label: Allahyarham Nazrul Izaab
05 July 2012
05 March 2012
Afi Yang semakin membesar....
Kini Afi (Firas) sudah semakin membesar,pejam celik usianya telah masuk 7 bulan 16 hr...sememangnya aku sangat bahagia dengan anugerah yg diberi maha Esa...terima kasih Allah....Sekarang ni Afi sudah pandai meniarap pd usia 4 bulan lebih dan sekarang sudah pandai menarik....duduk pun da blh tp kna jg2 tkt terjatuh...
Dicatat oleh Unknown di 12:55 PM
Label: Kisah Firash Hadwan
20 October 2011
Kelahiran Cahaya Mata Pertama
SALAM KEMBALI...setelah sekian lama bercuti dari menulis blog kini aku kembali sebagai seorang IBU.Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama FIRASH HADWAN pada 17711(cantik x tarikh ni..he3..) seberat 3.45kg MEMILIKI cahaya mata antara pengalaman dan saat manis yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika sebelum ini hidup berdua, tetapi kini kehadiran anak memberi sinar baru dan pelengkap bagi kami:>
ALHAMDULLILAH...Firash kini sudah berusia 3 bulan...sudah pandai senyum dan pandai ajak menyembang..seronok melihat perkembangan darinya yang sekarang beratnya 6.2 kg (semangatkn)ibunya pun x larat nk pegang lme2...he3..Dan inilah wajah2 anak ibu yang semangat tu..sesungguhnya Allah memberikan rahmat kasih sayang antara ibu dan anak..terima kasih ALLAHs.w.t kerana telah memberikan kami rezeki yang tiada tandingannya...AMINNN...
Dicatat oleh Unknown di 1:12 PM
Label: Kisah Firash Hadwan
30 March 2011
Kenali Corak Pergerakan Bayi
Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.
Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.
Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.
Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.
Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.
Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).
Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.
Ketahui Cara Mengenal Jantina
Menurut Prof. Jamiyah, jantina bayi dalam kandungan boleh dikesan melalui ujian ultrasound tetapi sebenarnya ia agak sukar kerana jantina janin terletak pada kawasan yang kecil dan tersorok. Kadang kala Ujian ultrasound akan mengambil masa yang lama.
Menjelang minggu ke-20, agak mudah mengetahui jantina bayi selagi pakar yang mengendalikan ujian ultrasound mendapat gambaran yang jelas. Katanya teknologi sains boleh digunakan untuk mengesan jantina bayi tetapi perlu berhati-hati dan pasti dengan apa yang diperhatikan sebelum memberitahu kepada bakal ibu bapa.
Jantina bayi terbentuk pada lapan minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna.Pembentukan jantina bayi memerlukan input daripada genetik ibu dan ayah.
Setiap bayi lelaki mendapat kromoson X daripada ibu dan kromosom Y daripada bapa. Pembentukkan jantina bayi lelaki sebenarnya bergantung kepada kromosom X yang akan menyebabkan sel sel bayi tersebut boleh berinteraksi dengan hormon lelaki iaitu androgen untuk pembentukan alat sulit lelaki. Jika kromosom X tersebut tidak mempunyai fungsi tersebut, alat sulit lelaki tidak boleh terbentuk dengan sempurna. Walhal bayi perempuan mempunya dua kromosom X yang diterima daripada ibu dan bapa.
Pembentukan Jantina
Secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa proses persenyawaan tetapi semasa perkembangan awal embrio, semua embrio kelihatan sama.
Semua embrio mempunyai kudup kecil atau bonjol. Ia dikenali sebagai benjol atau bonggol genital. Jika anda mengandung anak lelaki, testosteron mula dihasilkan seawal minggu ke-7, menggalakkan kudup itu membesar dan berkembang menjadi zakar dan skrotum. Bagi perempuan, kudup itu akan menjadi clitoris dan labia.
Ia adalah proses yang berlaku secara perlahan dan hanya pada minggu ke-11 barulah jelas perbezaan antara jantina. Menjelang tahap ini, semua bayi mempunyai sesuatu yang membonjol keluar. Bagi lelaki, ia menegak ke atas pada sudut lebih dari 30 darjah dari spina. Bagi perempuan, ia lebih mendatar dan selari dengan badan, pada sudut kurang dari 30 darjah.
Bagaimanapun ia sukar dilihat kecuali bayi berbaring dalam posisi yang senang dilihat dan ujian imbasan dilakukan oleh doktor pakar menggunakan mesin ultrasound yang canggih.
Sekiranya bayi sudah pandai berpusing dan melakukan pelbagai gerakan, bertambah sukar untuk mendapatkan gambar sudut yang sesuai melihat jantinanya termasuk mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada jantina.
Menurut Prof. Jamiyah, kurang daripada 10% daripada “ambiguous genitalia” dapat dikesan melalui ujian ultrasound.
Kaedah Menentukan Jantina Tentu sekali persoalan mengenai ketidaksempurnaan anak yang dikandung sering terlintas di fikiran bakal papa dan mama. Ujian ultrasound yang dijalankan diharap dapat memberikan keyakinan bahawa zuriat yang dikandung sempurna sifatnya.
Namun bagaimana jika jantina anak yang dikandung didapati tidak sempurna? Adakah masa depannya akan terjejas? Ciri-ciri jantina lelaki yang normal terdiri daripada organ seks yang merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdiri daripada zakar, testikel, vas deferens serta ‘chordae spermatik’ yang lain dan kelenjar prostrat.
Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk penghasilan sperma dan air mani serta pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik.
Ciri-ciri fizikal bukannya penentu utama memastikan seseorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah individu yang ciri-ciri fizikalnya menyerupai perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti Congenital Adrenal Hyperplasia, Testicular Feminization Syndrome ataupun keadaan interseks yang lain).
Dari segi biologi, organ seks wanita terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan.
01 March 2011
Kehamilan minggu ke-20
Assalamualaikum.....
Kini usia kandunganKu sudah masuk ke minggu-20, betul2 cpt mse berlalu..rsenya bru je lg..he3..Kini bb dlm perut pun tlh rse dia gerak2..sungguh seronok sekali...hihi.x silap aku minggu ke -19 ia tlh mla gerak...x sbr rsenya nk tunggu bb tercinta ni..he3..Di harapkan sumenyer selamat..doakan yan sekeluarga ye kwn2 selkalian...Pic kt ats ni sje nk letak...ari ahad bru ni aku jln2 g pantai Remis..seronok klu g sne ptg2 minggu..org tersangat la ramai, kdg2 parking pun ssh nk dpt..kt sne mcm2 ada org jual...klu \sesiapa yg ske mkn kerang ngn kepah2 g la kt pantai ni...ada dijual dngn harga yg murah2 g2...he3.Selain dr mknn laut kt cni jga ada jual brmcm2 lg kain bju,ikn msin,keropok ikn....mcm2 lg la...lh la pgi yer...he3,ok babai....
17 February 2011
Kehamilan minggu ke-18
14 January 2011
Kehamilan minggu ke-14
10 January 2011
Anugerah Juara Lagu 25,Ana Raffali Juaraaaa....
Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz
Dicatat oleh Unknown di 11:11 AM
Label: Cerita Kehidupan
05 January 2011
Bulan baru Di Thn 2011
25 October 2010
Kenal DIRI Dari TARIKH LAHIR..
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 08 05 1983
0 + 8 = 8
Maka kotak pertama adalah 8..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
0 + 8 + 0+ 5 + 1 + 9 + 8 + 3 = 34
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
3 + 4 = 7
Maka kotak kedua adalah 7..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
8 + 7 = 15
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 5 = 6
Maka kotak ketiga ialah 6..
hasilnya..
8: Bisnes
7: Patuh
6: Angin
TABIAT MAKAN
2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.
3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)= sabar, tidak suka marah.
4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)=suka marah, tidak dapat mengawal diri.
5. 80% penyakit berpunca daripada makan.
6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)
7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.
8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.
9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.
10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.
11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.
12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.
13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.
14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.
15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.
16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.
17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.