CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27 July 2010

Gelagat Anak BuahKuw.....

Assalamualaikum…*~*

Minggu ni aku temankan K.de tido dirumahnya sebab suaminya outstation pergi ke Kedah…jadi minggu ni aku ngan hubby pergi kerja dr umh dia je @ PJ.Bagi kami tiada perbezaan pun klu rumah sendiri dan rumah K.de time g kerja ttp same 7.00am je da kena gerak…biasalah klu keja kt area shah alam ni, jln cbok sikit, nak kena kuar awal lagipun hubby nak kna masuk kerja awal dr aku..Almaklumlah hubby yang kena antar aku pergi blk kerja sekang ni…terima ksh ye cayang hehe.

Sepanjang berada umah K.de..mang seronok sbb k.de ada 2 org anak iaitu Ain & Husna..biasalah macam-macam ragam anak buahkuw ini , sampaikan tudung aku pun nak disarungnya…ha3…tapi papepun aku mang suke bermain ngan diorang..almaklumlah anak sendiri lum ada lagi, jd mainlah dengan anak buah jer..hihi.kat bawah ni aku ada gambar posing2 diorang..semoga da besar t diorang dpt tengok balik gambar2 diorang yang cun ni….haha..Luv u Husna & Ain…..


Husna buchukkk...

owang suruh senyumlah...


ayunye.....ank spe la ni...he5

Ain Yamna...

Peace....Mak Andak>





23 July 2010

I-city memang Indah....

Hye...~

Petang semalam lepas blk dr kerja aku n hubby pergi jalan2 dekat Ole2@ sek.18 S.Alm!!da lme aku x jln sne.. semenjak berpindah duduk klang ni...setelah beberapa jam jln2 kt sne kitorang pun nak balikla, x silap aku dalam kul 8.00pm..on d way aku nak blk tu hubby tanya nak g I-city x??aku pun pe lg nk la..mang nk g sangat,dr ari2 da..~~minggu lps da pergi tp pusing blk sbb dtg ari minggu jln sesak gilerrr...hihi..sampai berjam2 kitorang sangkut...kesian k.long nk g..x dpt.X per t kita g lg ye Long.....he5.Bila da sampai sne ape lg dengan hati yg gembira...apatah lg dpt tengok kilau-kilauan lampu sungguh indah..cuaca mlm2 pun seperti menyambut kedatanganku..hakkkss...kihkih berkias2 la plak...MENYAMPAHHH...kan 2 tiga hr ni asyik hujan jer..tul x??~~

k.la aku pun da naik menyampah x tau aper nk tulis g..almaklumlah aku ni bak2 nak menulis ni M---- skt.haha.Kat bwh ni aku nak tunjuk sikit gambar mse g sne..posing2 la katakn...penat my hubby nk layan..papepun time kasih ye sayangKu...t kt g lagik ekk........


dpt gayut best gk ni...teringat mse kecik2 lu...hihi

sayangKuw...

cam nak bwk balik jer benda ni....kahkahkah...



peace......la..la..la...

ambil gambar jp yerr...

ehem..ehem....

cintaimu selamanya......

si merak....












































21 July 2010

ZIKIR PELEMBUT HATI


Zikir ini elok di amalkan untuk melembutkan hati pasangan / anak:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas pasangan / anak sekira-kira mereka tidak perasan.Atau bacanya waktu pasangan / anak tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) pasangan / anak.

Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

Selain daripada itu amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau lembutkan besi"

20 July 2010

Milah Minta Cerai...


Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah

sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu..

sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...

aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer...

isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. bahagiakan familiku ini...


Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'

Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut..

Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah,

cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.


Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe)

pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia

(kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..

dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur..


'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'


Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?MILAH! AWAK JGN UJI SAYA!Iye lah..

kalau berani buat lah...


MILAH......AWAK MELAMPAU!


Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,

kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...

sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....Iye..buat lah bang OIIIII...

saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..

anak kite tak cakap kat awak ke?...

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....

Ceyai Vs cerai... Hati2 dgn bahasa anak anda... Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri.... Hihihihik hukhuk, lawak diambil dr koleksi cerita lucu.

16 July 2010

Ragam semasa jalan2 bersama anak buah tercinta..

are-kuw.

anak buah kuw cayang......~.......


k.long n ank2...

mak, long & ngah


ain & kina

long famili...

nureen buchukkk...

ngah & Amal

my famili.....

Haiiiii.... Ari ni x sabar nak balik kerja cpt2 je rasenye..sbb my mum & dad nak datang dari kampung.rasenye da lme x jumpe diorang padahal baru bulan lepas blk kampung..hehe.Mak dan ayh aku dtg cni sbb esok dia nak antar adk aku register kt KLMU..Alang2 pergi dr cni dekat ckit dan sambil2 tu blh la jln umh ank2 yg ada kt cni...pe yg x sabar g mak aku ckp dia ada bawak buah-buahan, 2 yg lg seronok2..hihi.almaklumla..klu mak bawak mesti banyak,n barula puas ckit rasenye dpt mkn..kt cni pun ade, tinggal beli je..pe je yg nak sume ade....tp yg bestnye dtg dr kg sendiri lg Best..hakhakk.Jap lg balik tp aku terus pergi umh akk, sbb mak nak terus g sne dlu....k la kat atas ni ada sikit gambar semasa kami g jln2 bersama.Papepun selamat bercuti hari minggu aku ucapkan pada semua....

15 July 2010

Showdown 2010 milik wakaka Crew......

salam...semua...

Haah..abis sudah rancangan yang dok aku layan setiap malam rabu iaitu showdown 2010...syok betul la tengok diorang ni menari...pe yang lebih syok crew yang aku minat plak yang menang..tahniah Wakaka crew...korang memang bertenaga dan mantap...untuk final kali nie..memang memukau persembahan diorang..tapi hanya dua group je yang berjaya ke pusingan final battle...dan floor fever terpaksa akur dengan undian penonton...tersingkir....


syok layan showdown 2010..hope thn depan ade lagi...tp yang tak bestnye..penonton2 yang jerit-jerit kat bawah tu...siap menangis bagai...hahha





~walau aku kalah aku kisah apa......


14 July 2010

Kuruskan badan tanpa makan ubat...


Tips2nyer...

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARIAir mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

12 July 2010

Tamat sudah penangan fifa world cup 2010...


Datangnya 4 tahun sekali, kemeriahannya di raikan satu dunia. Itulah hebatnya penangan sukan nombor satu di dunia iaitu Bola sepak. Dimana- mana berada org asyik bercerita pasal bola, dekat FB pun pasal bola...Egggghhh..bulan ni tido asyik lambat dan pergi kerja sering mengantuk semua kerana tengok bola..akhirnya pagi tadi demam bola sepak berakhir, memberi kemenangan kepada Sepanyol yang telah mengalahkan Belanda dengan 1-0.x per la Belanda oi..da masuk final pun da ok da...menang tu kira bonus je..hehee.papepun 2014 nanti Cuba lagikkkkkkk....


09 July 2010

gambar kenangan