CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

05 March 2012

Afi Yang semakin membesar....

 BUBUR AYAM

SECUBIT BERAS
AIR 2 CWN
AYAM 2 KETUL DIPOTONG DADU
KENTANG SEBELAH DIPOTONG DADU
LOBAK MERAH DIPOTONG DADU
SEDIKIT GARAM......
AKHIR SEKALI AKU BLANDKAN........


Kini Afi (Firas) sudah semakin membesar,pejam celik usianya telah masuk 7 bulan 16 hr...sememangnya aku sangat bahagia dengan anugerah yg diberi maha Esa...terima kasih Allah....Sekarang ni Afi sudah pandai meniarap pd usia 4 bulan lebih dan sekarang sudah pandai menarik....duduk pun da blh tp kna jg2 tkt terjatuh...





20 October 2011

Kelahiran Cahaya Mata Pertama

SALAM KEMBALI...setelah sekian lama bercuti dari menulis blog kini aku kembali sebagai seorang IBU.Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama FIRASH HADWAN pada 17711(cantik x tarikh ni..he3..) seberat 3.45kg MEMILIKI cahaya mata antara pengalaman dan saat manis yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika sebelum ini hidup berdua, tetapi kini kehadiran anak memberi sinar baru dan pelengkap bagi kami:>

Jantung hati Ibu...

ALHAMDULLILAH...Firash kini sudah berusia 3 bulan...sudah pandai senyum dan pandai ajak menyembang..seronok melihat perkemb
angan darinya yang sekarang beratnya 6.2 kg (semangatkn)ibunya pun x larat nk pegang lme2...he3..Dan inilah wajah2 anak ibu yang semangat tu..sesungguhnya Allah memberikan rahmat kasih sayang antara ibu dan anak..terima kasih ALLAHs.w.t kerana telah memberikan kami rezeki yang tiada tandingannya...AMINNN...




30 March 2011

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.

Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.

Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.

Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.

Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.

Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Ketahui Cara Mengenal Jantina

Menurut Prof. Jamiyah, jantina bayi dalam kandungan boleh dikesan melalui ujian ultrasound tetapi sebenarnya ia agak sukar kerana jantina janin terletak pada kawasan yang kecil dan tersorok. Kadang kala Ujian ultrasound akan mengambil masa yang lama.

Menjelang minggu ke-20, agak mudah mengetahui jantina bayi selagi pakar yang mengendalikan ujian ultrasound mendapat gambaran yang jelas. Katanya teknologi sains boleh digunakan untuk mengesan jantina bayi tetapi perlu berhati-hati dan pasti dengan apa yang diperhatikan sebelum memberitahu kepada bakal ibu bapa.

Jantina bayi terbentuk pada lapan minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna.Pembentukan jantina bayi memerlukan input daripada genetik ibu dan ayah.

Setiap bayi lelaki mendapat kromoson X daripada ibu dan kromosom Y daripada bapa. Pembentukkan jantina bayi lelaki sebenarnya bergantung kepada kromosom X yang akan menyebabkan sel sel bayi tersebut boleh berinteraksi dengan hormon lelaki iaitu androgen untuk pembentukan alat sulit lelaki. Jika kromosom X tersebut tidak mempunyai fungsi tersebut, alat sulit lelaki tidak boleh terbentuk dengan sempurna. Walhal bayi perempuan mempunya dua kromosom X yang diterima daripada ibu dan bapa.

Pembentukan Jantina
Secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa proses persenyawaan tetapi semasa perkembangan awal embrio, semua embrio kelihatan sama.

Semua embrio mempunyai kudup kecil atau bonjol. Ia dikenali sebagai benjol atau bonggol genital. Jika anda mengandung anak lelaki, testosteron mula dihasilkan seawal minggu ke-7, menggalakkan kudup itu membesar dan berkembang menjadi zakar dan skrotum. Bagi perempuan, kudup itu akan menjadi clitoris dan labia.

Ia adalah proses yang berlaku secara perlahan dan hanya pada minggu ke-11 barulah jelas perbezaan antara jantina. Menjelang tahap ini, semua bayi mempunyai sesuatu yang membonjol keluar. Bagi lelaki, ia menegak ke atas pada sudut lebih dari 30 darjah dari spina. Bagi perempuan, ia lebih mendatar dan selari dengan badan, pada sudut kurang dari 30 darjah.

Bagaimanapun ia sukar dilihat kecuali bayi berbaring dalam posisi yang senang dilihat dan ujian imbasan dilakukan oleh doktor pakar menggunakan mesin ultrasound yang canggih.

Sekiranya bayi sudah pandai berpusing dan melakukan pelbagai gerakan, bertambah sukar untuk mendapatkan gambar sudut yang sesuai melihat jantinanya termasuk mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada jantina.


Menurut Prof. Jamiyah, kurang daripada 10% daripada “ambiguous genitalia” dapat dikesan melalui ujian ultrasound.

Kaedah Menentukan Jantina Tentu sekali persoalan mengenai ketidaksempurnaan anak yang dikandung sering terlintas di fikiran bakal papa dan mama. Ujian ultrasound yang dijalankan diharap dapat memberikan keyakinan bahawa zuriat yang dikandung sempurna sifatnya.

Namun bagaimana jika jantina anak yang dikandung didapati tidak sempurna? Adakah masa depannya akan terjejas? Ciri-ciri jantina lelaki yang normal terdiri daripada organ seks yang merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdiri daripada zakar, testikel, vas deferens serta ‘chordae spermatik’ yang lain dan kelenjar prostrat.

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk penghasilan sperma dan air mani serta pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik.

Ciri-ciri fizikal bukannya penentu utama memastikan seseorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah individu yang ciri-ciri fizikalnya menyerupai perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti Congenital Adrenal Hyperplasia, Testicular Feminization Syndrome ataupun keadaan interseks yang lain).

Dari segi biologi, organ seks wanita terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan.

01 March 2011

Kehamilan minggu ke-20


Assalamualaikum.....

Kini usia kandunganKu sudah masuk ke minggu-20, betul2 cpt mse berlalu..rsenya bru je lg..he3..Kini bb dlm perut pun tlh rse dia gerak2..sungguh seronok sekali...hihi.x silap aku minggu ke -19 ia tlh mla gerak...x sbr rsenya nk tunggu bb tercinta ni..he3..Di harapkan sumenyer selamat..doakan yan sekeluarga ye kwn2 selkalian...Pic kt ats ni sje nk letak...ari ahad bru ni aku jln2 g pantai Remis..seronok klu g sne ptg2 minggu..org tersangat la ramai, kdg2 parking pun ssh nk dpt..kt sne mcm2 ada org jual...klu \sesiapa yg ske mkn kerang ngn kepah2 g la kt pantai ni...ada dijual dngn harga yg murah2 g2...he3.Selain dr mknn laut kt cni jga ada jual brmcm2 lg kain bju,ikn msin,keropok ikn....mcm2 lg la...lh la pgi yer...he3,ok babai....

17 February 2011

Kehamilan minggu ke-18


Usia kehamilanKu kini telah masuk 4 bulan lbh..Apa yg lbh menyeronokkn aku telah merasa sikit perubahan pada perutKu yang kini membesar sikit demi sedikit....Semasa ini juga aku sering mengalami sakit belakang dan tulang punggung, mungkin ini adalah tanda2 perubahan perut yg aku alami...Mmg tido mlm menjadi kurang selesa...ttp aku berharap semoga kandungan Ku ini selamat...Minggu lps g klinik berat bdn aku pun udah naik..tp darah plak Cair, Mungkin pelbagai masalah yg terjadi ketika hamil ni kn?Ya Allah semoga aku selamat melahirkn cahayaKu ini dengan sihat serta selamat semuanya....

14 January 2011

Kehamilan minggu ke-14

Semalam yan ke klinik untuk kali yang kedua...Kini usia kandunganku masuk 14 minggu,alhamdullilah semuanya ok cuma berat badan kurang,pada awal2 kehamilan beratku 49kg tapi semalam beratku 48.5 setengah kilo kurang...ikutnya aku akan datang untuk scan pada tengah bulan 2 nanti tapi memandangkan berat aku turun doktor cepatkan 2 minggu, jadi tarikh untuk aku g scan 2/2/11 nanti hehe. cek perut utk kali ke-3 ialah 10/02/11.Masuknya usia 14 minggu ni doktor menasihatkn aku supaya jangan memakai pakaian yang ketat2 kerana masa ni la pembentukkan kepala dan tulang bb akan terjadi...banykkan pengambilan kalsium dan zat2 protein bagi tumbesaran bb berjalan dengan lebih baik...pastikan tidur & rehat yang mencukupi.

10 January 2011

Anugerah Juara Lagu 25,Ana Raffali Juaraaaa....


Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

Malam td telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 25..14 penyanyi telah berentap di pentas bagi memastikan lagu mereka berjaya merangkul anugerah paling eksklusif ini. Tahniah kepada yang telah berjaya aku ucpkn...

05 January 2011

Bulan baru Di Thn 2011

Udah lme x munculkn diri...hehe..nk kate cbok x lah sangat tp penyakit M klu da dtg, mang malas je...nk buke blogpun mls..yg rajin FB JER hehe...Insyallah 2011 ni akn ku cbe untuk menconteng sedikit sebanyak kt blog ni...untuk kwn2 sume yan kini udah berbdn 2...ari ni udah msk 3 bulan,insyaallah bakal jd ibu..diharapkn kalian doakan yan selamat yer...Azam thn baru ni nak jd isteri dan ibu yang bertanggungjawab..Ameennnn.Nasibla udah ada isi ni x mabok2 sangat klu x..x tau la mesti x larat nk melakukan kerja...ada pning2 tp kdng2 jer..klu lum lg x tau la..minx2 smpai selamat bersalin jngn la ada alahan...hehe...

25 October 2010

Kenal DIRI Dari TARIKH LAHIR..

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 08 05 1983
0 + 8 = 8
Maka kotak pertama adalah 8..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
0 + 8 + 0+ 5 + 1 + 9 + 8 + 3 = 34
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
3 + 4 = 7
Maka kotak kedua adalah 7..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
8 + 7 = 15
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 5 = 6
Maka kotak ketiga ialah 6..
hasilnya..

8: Bisnes
7: Patuh
6: Angin

TABIAT MAKAN

Tabiat makan aku adalah suka sangat makan daging...burger daging,murtabak daging...sume2 la klu suruh pilih lauk antara ayam @ daging,pastinya daging lauk utama yg akn aku pilih...aku x taula knp aku suka sngt mkn daging...ada org ckp mkn daging ni org tu akn cpt marah..BETOLLLKE??????Hehe..kt bwh ni ada tabiat2 mkn yg perlu kita amalkan...tabiat aku pun aku jumpa...hihi...marilah kita2 sama beramal..hehehe
1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya= cermat, tertib, tidak boros.

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)= sabar, tidak suka marah.

4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)=suka marah, tidak dapat mengawal diri.

5. 80% penyakit berpunca daripada makan.

6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.

07 September 2010

Selamat Hari Raya 2010..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
DARI YAN & SUAMI
~
!
!
!
!
!

Buka Puasa...

SALAM SEMUA!!!

Ni pic mse g berbuka puasa bersama keluarga tercinta @ Genting..x de pape nk ckp LAYAN.......................................................













17 August 2010

Seminggu Ramadhan....

Salam semua....


Macam mana berpuasa di minggu pertama -ok-heheheheh....


Hari ni minggu ke-2 kita berpuasa dan hari ini juga cukupla seminggu umat islam menjalani ibadah di bulan ramadhan...Ku rasakan sekejap saja masa berlalu, rasakan baru saja 1 ramadhan...rupa-rupanya sudah seminggu aku bangun sahur dan bertarawih...semestinya tahun ini,adalah tahun yang sungguh bermakna bagi diriku....kerana tahun inilah aku berpuasa dan akan menyambut hari lebaran di samping suami tercinta...hihi.


Sesungguhnya minggu ke-2 puasa ini akan lebih memudahkan aku dari menahan lapar dan dahaga serta memohon keberkatan terutamanya bangun sahur yang telah aku peratikkan di minggu yang pertama..hakss..Alhamdullilah, aku harapkan semuanya akan aku dapat akhirkan sampai menjelangnya hari yang dinanti2kan iaitu bulan Syawal...


Ha..ha..sebut pasal syawal ni, pastinya ramai yg menantikannya masakan ada yang telah siap membeli baju, dan si

13 August 2010

Tips kejutkan Orang Bersahur...

SALAM....


Di bulan ramadhan ni apa yang paling malas sekali, apabila nak bangun sahur.... almaklumla tengah syok2 tido alih2 nak kena bangun mkn plak2...hehe..aku pun, dolu2 masa kecikla bersahur mte still kejam g..ngeh....ngeh.sekarang ni la, terpaksa bangun almaklumla da ada tanggungjawab sendiri..


Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)


Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..kalau x bangun jugak 2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...kalau x bangun jugak

5. tutup kipas/air cond..


tapi kalau still tak ada effect


1. jerit nama dia kuat kuat...kalau x bangun jugak

2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit..kalau x bangun jugak

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang..x bangun jugak

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam..x bangun jugak

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!...x bangun jugak

6. jerit api! api! api!...x bangun jugak

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit...


tapi kalau still tak ada effect gak kannnn


1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...kalau masih x bangunnnn...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!


tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir


1. panggil je la orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya...........

10 August 2010

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum........
Buat Semua Teman2 dan Semua Pengunjung Blog Ini...Selamat menjalani ibadah puasa aku ucapkan.,hehe.. ari ni lastla nampaknya aku dpt mkn siang...tak sedarkan, rasenyer baru jer tahun baru.. alih2 da sampai bulan puasa...lepas puasa hari raya..yeye seronoknya,..............aku harap Semoga Ramadhan Kali Ini Memberi Seribu Makna Buat Kite Semua...

03 August 2010

Shoping...@Jakel...

Hai...~~da beberapa hr aku x menconteng kt blog ni,RINDU la plak...hihi.Aku nak cerita sikit, semalam lps dr kerja aku pergi rumah K.de iaitu my sisterla...pergi naik ktm jer..sbb semalam my hubby x jemput coz k.de nak antar balik, lagipun dekat je umh k.de ni.Minggu ni aku da duduk umh sendiri sbb abg ipar aku da blk dr outstation...
Sebelum2 k.de ajk teman dia g shoping kain langsir, aku pun per lg on jer...sbb aku mmg nk g sne nk tengok kain pasang...sbb kain langsir aku da beli ari2...tp x berjahit pun lagi kainyer.he5.Apa lg Lepas Magrib jer kami pun pergilah...sampai sne aku da tngokla kain2 di sane, memang sume nye cantik dan ada yg berkenan..tp aku x beli lg, nnti nk dtg ngn hubby, g beli ngan dia..K.de plak dia beli kain langsir utk mak mertuanya...almaklumlah x lame lg puasa dan lepas2 da nak raya...ramai yg dah mencari keperluan \.....klu cr last2 minit nanti memang pening.....orang ramai.x sangka kan minggu depan da nak puasakan, Selamat bakal menyambut puasa kepada sume2 kwn2...Pada aku pun tahun ni adlh kali pertama berpuasa disamping suami tercinta....semoga bulan yang mulia ni, banyak keberkatan yang akan aku perolehi...bai..bai....

27 July 2010

Gelagat Anak BuahKuw.....

Assalamualaikum…*~*

Minggu ni aku temankan K.de tido dirumahnya sebab suaminya outstation pergi ke Kedah…jadi minggu ni aku ngan hubby pergi kerja dr umh dia je @ PJ.Bagi kami tiada perbezaan pun klu rumah sendiri dan rumah K.de time g kerja ttp same 7.00am je da kena gerak…biasalah klu keja kt area shah alam ni, jln cbok sikit, nak kena kuar awal lagipun hubby nak kna masuk kerja awal dr aku..Almaklumlah hubby yang kena antar aku pergi blk kerja sekang ni…terima ksh ye cayang hehe.

Sepanjang berada umah K.de..mang seronok sbb k.de ada 2 org anak iaitu Ain & Husna..biasalah macam-macam ragam anak buahkuw ini , sampaikan tudung aku pun nak disarungnya…ha3…tapi papepun aku mang suke bermain ngan diorang..almaklumlah anak sendiri lum ada lagi, jd mainlah dengan anak buah jer..hihi.kat bawah ni aku ada gambar posing2 diorang..semoga da besar t diorang dpt tengok balik gambar2 diorang yang cun ni….haha..Luv u Husna & Ain…..


Husna buchukkk...

owang suruh senyumlah...


ayunye.....ank spe la ni...he5

Ain Yamna...

Peace....Mak Andak>





23 July 2010

I-city memang Indah....

Hye...~

Petang semalam lepas blk dr kerja aku n hubby pergi jalan2 dekat Ole2@ sek.18 S.Alm!!da lme aku x jln sne.. semenjak berpindah duduk klang ni...setelah beberapa jam jln2 kt sne kitorang pun nak balikla, x silap aku dalam kul 8.00pm..on d way aku nak blk tu hubby tanya nak g I-city x??aku pun pe lg nk la..mang nk g sangat,dr ari2 da..~~minggu lps da pergi tp pusing blk sbb dtg ari minggu jln sesak gilerrr...hihi..sampai berjam2 kitorang sangkut...kesian k.long nk g..x dpt.X per t kita g lg ye Long.....he5.Bila da sampai sne ape lg dengan hati yg gembira...apatah lg dpt tengok kilau-kilauan lampu sungguh indah..cuaca mlm2 pun seperti menyambut kedatanganku..hakkkss...kihkih berkias2 la plak...MENYAMPAHHH...kan 2 tiga hr ni asyik hujan jer..tul x??~~

k.la aku pun da naik menyampah x tau aper nk tulis g..almaklumlah aku ni bak2 nak menulis ni M---- skt.haha.Kat bwh ni aku nak tunjuk sikit gambar mse g sne..posing2 la katakn...penat my hubby nk layan..papepun time kasih ye sayangKu...t kt g lagik ekk........


dpt gayut best gk ni...teringat mse kecik2 lu...hihi

sayangKuw...

cam nak bwk balik jer benda ni....kahkahkah...



peace......la..la..la...

ambil gambar jp yerr...

ehem..ehem....

cintaimu selamanya......

si merak....