CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

25 November 2009

Salam Aidiladha...

Tup..tup..raya lagi,hehe seronoknya
Kepada kawan-kawan di mana jua anda berada Yan ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha...Semoga hari yang bermakna dipenuhi dengan keberkatan dan dilimpahi rahmat.Selamat bercuti n X LUPE balik kampung tu bawak kte elok2 YE.

23 November 2009

K3n4p4 Kit4 P3rlu S3nyum & K3t4w4...


Menurut kajian saintis, senyum dan ketawa adalah salah satu senaman berbentuk joging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh dan memberi manfaat kepada sistem saraf. Selain itu, kajian juga menunjukkan, seseorg yg tersenyum dan ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24jam akn mendapat manfaat kardiovaskular seperti bersenam selama 10 minit. Ini kerana semasa ketawa dan tersenyum, kadar tekanan darah dan dengupan jantung akan meningkat.


10 sebab kenapa perlu senyum???


1) Menghilangkan stress- ia boleh menghilangkan rasa bosan, penat dan sedey.


2) Meningkatkan sistem imun- Senyuman boleh menghilangkan batuk dan selesema.


3) Menurunkan tekanan darah - Tekanan darah lebih rendah ketika anda senyum. xcaye? cube

catat tekanan darah ketika senyum dan xsenyum.


4) Awet muda- sape xnk xjd awet muda kn? senyuman byk mengerakkan otot2 muka. Menurut

kajian kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka yg digunakan ketika

mengerutkan dahi.


5) Senyum itu ubat- ia ibarat ubat dan hormon endorin drp senyuman dapat menghilangkan

rase sakit.


6) Mengubah perasaan- Hasil kajian, senyuman dapat mengubah perasaan yg dialami seperti

sakit.


7) Riang- suasana akan menjad lebih riang dan gembira.


8) Kelihatan sukses- berkeyakinan, mempercayai diri dan merasa lebih baik


9) Berfikiran positif- Ketika senyum, tubuh akan menerima isyarat bahawa "hidup lebih baik"


10) Menarik- Org yg byk senyum memiliki daya penarik dan membuatkn org sekeliling merasa

senang.


Jadi xde sbb utk korang xsenyum... tp senyum2 tu agak2 la...jgn org kate kite ni cm org "g**a" lak. hahaha.

18 November 2009

Cara Buat Jeruk.....

Aku x taula samaada buat jeruk ni da ramai org tau , tp bg aku baru sekarang aku tau cara nak wt jeruk...hehe.Tp aku nak la kongsi dengan korang bagaimana cara nak wt jeruk yg paling senang sekali dalam dunia...Cara ni aku tau dari kawan aku yang selalu bagi mempelam pada aku,iaitu Niza..time kasih yer kawan..Sekarang ni aku da tau bagaimana nak jeruk buah Mempelam.

Bahan2
Buah Pelam la..
Gula
Garam sedikit sahaja

Pertama sekali potongla buah pelam anda tu mengikut citarasa, tp jangan x buang kulit plak..kemudian setelah di basuh rendamkan dengan air garam, rendamla lebih kurang sejam.. lg lame lg sodap...hehe.Pas tu cairkan gula di atas api yg sederhana, wt air gula kenalah isi air sikit ye..Gula ikut sendiri je kalau buah banyak,isi la banyak sikit..lebih manis,lagi ok rasenye...haha.Setelah gula dicairkan masukkan dalam air mempelam yg direndam air garam td..ingat air garam2 jgn di buang yer..masukkan sekali.Pas2 da siap, isikan la dalam balang atau bekas simpanlah dalam peti ais..emmm 2 @ 3 ari da lh makan.Nyum-nyum.

Re UNION @ AMP SQUARE KARAOKE 14/11/09

Ni ada sedikit gambar utk tontonan semua,gmbar ni mase aku g Union Party ari 2 dekat Amp Square Sunway Piramid, janji temu pukul 8 tp biasalah janji melayu dekat 9.30 baru semua hadir...hehe.Alhamdullilah hampir 9 tahun akhirnya dapat bersua kembali dengan kawan-kawan sekolah menengah ari2...walaupun x ramai yg dpt hadir tp kawan2 sume masih seperti dulu,tetap happy belaka.Harap2 next time kt sume dpt berkumpul kembali. Miss u All Forever..................................
Me & Masyitah

With Jue

Girl's.....Best


Emy,Jue,Me,Masyitah & Jana(Bob)

True friend..

Friends Forever....

My friends

12 November 2009

Langsir Rumah..

Ahad baru-baru ni tetiba jer terfikir nak buat langsir rumah kt kg...pe lg Yan pun terus tanya K.de(kakak yan)kt mne kedai nk cari kain langsir n K.de pun cakap la kt Carrefour Subang ada Nagoya kt sane banyak jugak kain2 langsir yg blh di pilih..Tanpa berfikir lame Yan pun terus telifon My love ajak g cari kain langsir,akhirnya kami pun sampai di Nagoya n lihat memang banyak pilihan kain kt sini..Ari2 pun ramai gak org beli kain myb dekat nk raya hj nie.Yan pun cari punya cari da dekat 2 jam kt dalam kedai ni, mcm mne x dua jamnye ade kain yg da jumpa tp tirai yg ngam plak habis..Pas2 kenala cr yg lain plak..akhirnya dpt la..semeter kain harganya 3.80 dan tirainya pun 3.80 semeter...Selepas beli tu Yan pun dengan bangganya telefon mak kt kg, kerana nk bgtau yg org da beli langsir utk umh. Alih2 tanya mak tingkap umh kita kt luar ade 3 kn mak? Org beli kain utk 3 tingkap jer..utk bilik org lm cari g..Last2 mak ckp tingkap kt luar ader 4 la...haha,tingkap rmh pun da x ingat...mknenye nnti kna tmbah lagi la jwbnyer..Korang nak tau ker,Org yang akan buat langsir ni nnti adlh Yan sendiri, walaupun tanpa kursus dan teknik menjahit..Insyallah langsir akn tetap jd rupa langsir..haha.Kalu x percaya nnti kalu da siap yan akn tunjukkan gmbarnya..tp sekang ni kain da potong n tengah antar tuk jahit tepi lu..sebab kt rumah K.de x der mesin jahit tepi..Tunggu yer.....

06 November 2009

Menatap MataMu...

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

05 November 2009

QUBE


Play Games at AddictingGames

A-Z Tips Memilih Pakaian

Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?”

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian

Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti
coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning
dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat
lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk
pakaian anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.

Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.

Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

- Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar
berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
- Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang
dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
- Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti
jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang
sebenar.
- Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
- Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut
atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan
akibatnya anda tampil lebih pendek.
- Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.

7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh
badan.

2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada
yang besar.

3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar
dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.

4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang
dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.

5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang
pudar dan ini akan merosak penampilan.

6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja.
Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.

7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai
untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau
kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.

02 November 2009

Beautiful Orkid...


Masa ni kitorang pergi shoping kt Giant 13, Shah Alam.Tahukah korang di dalam giant ni ada taman Orkid,hehe...Bukan taman tp bunga-bunga di sini sumenya untuk dijual....Cantik sangat bunga-bunga di sini, sempat lagik kitorang bergambar kt bunga-bunga ni....



K.de n ank2



Me & Ain


Ain & Husna








Beautiful Orkid