CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

22 October 2009

Sejadah Berdiri..

ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.
Assalamualikum...
Semalam kita semua digemparkan dengan berita misteri iaitu 36 helai sejadah yang ditemui dalam keadaan 'berdiri' di Pasir Mas kelantan...kejadian yg sama juga telah berlaku semalam iaitu sebanyak 24 sejadah ditemui dalam keadaan sama di Surau Maahad Ar-Rahman dekat Kubang Kerian.

Turut juga ditemui 3 sejadah dalam keadaan yang sama di Madrasah Kampung Teluk Yan..," katanya.Tetapi dalam kejadian ini Mufti kelantan berkata umat islam tidak harus terpengaruh dan mudah percaya dengan perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah.APA YANG PELIKNYA SEJADAH DALAM KEDUDUKAN DISUSUN SEPERTI SOLAT BERJEMAAH BOLEH DIBUAT SESIAPA SAJA.Jadi marilah kita sama-sama renung-renungkan ye.....

20 October 2009

Makan-makan bersama ank Buah....

Uummm..Nyam.Nyam.

Jom Makan...







Kalu Tengah haus sodap air nie...






ISH..ISH.. nasi sampai ke pipi la HUSNA.




Org suruh senyum dia pejam mata..

Sua Rasa TV9 Bersama Celcom

Ari Sabtu & Ahad baru ni..Yan Jalan-jalan ke Sua Rasa TV9 Bersama Celcom di pekerangan Stadium Shah Alam....
Ada yg kenal X Mamat nie...hehe

Sukenye Dia......Nie la ank buah Yan, HUSNA namanya

Tepok jngn x Tepok..


Bersama AIN kakak Husna.


Dengan K.de sekeluarga


Me..


With Fara Deeba







Muka menahan Panas..





Irma Awek Nabil


16 October 2009

Temuduga Sekretari

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan,
lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada...
Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Ajoi : "Buat sakit mata aje"

Dari: Asscrwez.com

Asal nama Electrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang_________________
"KEIKHLASAN" itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Singa, Beruang & Babi

Beruang, Singa dan b@b! bertemu di hutan...

Beruang kata: "sekali ja aku mengaum, seluruh hutan menggigil.

Singa kata: "eleh, sekali ja aku mengaum semua belantara ketakutan."

b@b! kata: "Wa La Weh.... sekali ja aku batuk, satu dunia panik!"

Lawak dari Asscrewz

15 October 2009

Tengok Wayang

Hye everybody....Semalam Yan dan tunang pegi tengok wayang, selalunya kami akn ke Bukit Raja utk Menonton...Da lama x kuar baru semalam kesempatan, kami tngok cite Papadom org ckp cite ni best tu yg x sbr nk tngok tu, walaupun dpt tiket kl 11, hehe..tp mmg terbukti bg Yan cite ni mmg betol-betol best dan kelakar habis...pada yg belum tngok, g tengok ye..gerenti x merugikan dan yang x lh tahan pasti teringin makan papadom slps menonton..hehe.X lupe ucpn time ksh pd tunangku krn belanja mkn n tngok wayang...

12 October 2009

10 & 11 2009

Inilah Adk & My MomSabtu 10hb -Ingatkn lh la bangun lmbt minggu ni sbb sabtu minggu ni Yan x kja tp Pg2 lg kakak Yan (K.De) dtg ambil g umh dia kt PJ,sbb minggu ni K.de nk wt Opn house jd kenalh g tlg dia pe yg patut..Kitorang wt nasi Beriani n bermacm2 jenis kuih,tp yan hnya pandai wt agar2 je...yg lain sume K.de yg wt Yan cme tlg2 ajer.Hehe.

Ahad 11hb - Yan n K.De sekeluarga g beraya ke Tmn Melati rmh kakak ipar K.de n lps 2 g Batang Kali Umh K.long sbb nk jumpa Mak ada dtg dr kg.Mak dtg bersama K.teh sekeluarga n adk bongsuku..Akhirnya ingatkan nak dtg sekejap je Umh K.Long ttp lepas jumpa Mak, kami sume x jd blk.. n berkampung di umh K.long semalaman.Pagi tu barula K.de antar terus ke tmpt keja....

09 October 2009

Kupercaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(*)
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

(Korus)
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

07 October 2009

Suami, Isteri & Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli
yang tinggal didalam hutan.
Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.
Si suami kerja nya mencari makanan di hutan,
sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik
buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.
Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin.
Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin
tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan,
dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan
lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu..
di ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa..
so,dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan
simpanan suaminya.Apa lagi.. habis berlari dan meraung
menangisla dia cari mak nya..Lepas berjumpa dengan maknya..
mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan
yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .
Isteri: Apsal mak ketawa?..Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu..
kalau ye pon nak kawinlain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak..
aku tengokperempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Azab Bagi Wanita

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan,
aku melihat perempuan perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis.
Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya
dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,
diulurkan ular dan kalajengking.Dan aku lihat perempuan yang
memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.Aku lihat perempuan yang telinganya
pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka,
otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit
sopak dan kusta.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,
"kata Nabi.Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga
terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan
yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya,
dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias
untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api
neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada
orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat
tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti
himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang
menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

Wanita Cantik yang suka menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti
"Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanitabegitu mudah menangis?
"Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya
dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya
untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

06 October 2009

Jodoh

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan kami
Agar kebahagiaan itu abadi

Dan

Tuhanku Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini ke
tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan
dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangankuDan peliharalah
diriku dari kecewa
Serta Tuhanku Maha Mengerti
Berikanlah aku
kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan

Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama
dengan dirinya Kerana
aku pasti Itulah jauhari dari Mu

8 Petanda dia jodoh kamu

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut?Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu.Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosikamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari.Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah!Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

03 October 2009

Resepi

Kek Coklat Lembab

Bahan-bahan untuk Kek Coklat Lembab
Bahan bahannya :

Bahan A
100 gram gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar

Bahan B
300 gram gula castor
250 gram butter
6 biji telur ayam
250 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara membuat
Bahan A dimasak diatas api sederhana. Jadikan sirap koko dan biarkan sejuk, ketepikan. Putar butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur sebuji demi sebiji. Masukkan sirap koko dan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven bersuhu 175 degree celcius selama 1 jam.

Fesyen


Fesyen Saloma

FESYEN biduanita tersohor, Saloma, pernah menjadi ikutan wanita pada zaman seangkatannya.Potongan baju kembang dengan kain sempit belah di depan dan baju pendek dengan kain kembang antara fesyen yang menjadi ikutan pada masa itu.Merentasi masa, fesyen itu ditampilkan kembali, tetapi diberi nafas baru untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa.Fesyen tersendiri yang dipelopori Saloma itu nyata mempunyai peminat yang ramai dan hingga hari ini pun, masih ada yang setia dengan rekaan berkenaan.

01 October 2009

Sedih & Gembira


Inilah dia anak buah baruku itu..
SEDIH

Hari ni Yan dapat berita tentang pemergian bapa akk serumah Yan iaitu bapa K.ina ke Rahmatullah....Permegian bapa beliau adl disebabkan menghidapi sakit Jantung, dan telah meninggal dunia di IJN malam tadi.Pape pun di kesempatan ini yan ingin mengucapkan ucapan takziah untuk seisi keluarga K.Ina dan menerima pemergiannya dengan redha..al-fatihan dan semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman..amin..

GEMBIRA

Di saat kita bersedih pasti ada yg gembiranya..iaitu Yan telah mendapat seorang lg ank buah dan sekarang ni Yan telah mempunyai 9 Org ank buah..hehe.

Pe yg paling penting TAHNIAH pada NGAH kerana telah selamat melahirkan ank yg ketiga di Hospital Temerloh.Iaitu Baby BOY.

30 September 2009

Antara Cinta Dan Suka

ANTARA CINTA DAN SUKA


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akantersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Renung2kanlah.......

29 September 2009

Rumah Kena Pecah...

Raya punya raya....rumah sewa kat s.alam kena pecah..25/09/09
Almaklumlah sume org balik kg pada hari raya..jadi antu raya pun seronok lah beraya...
Nasib baikla Yan punye barang tiada yg hilang..tp budak umh h/set lama, buku bank n duit2 tabung habis kena ambil....Balik jer umh tngk brg2 sume berselerak...jd terpaksa la mengambil masa utk mengemas....

Ank Buah,Di Pagi Raya.....

Ayie,Nureen,Damia,Adrina

Adam..tutup mulut2,hehe



2 org ni kalu bab bergambar....ish2..

kenangan bersama...



klik.....


forever love